English | Malay  

Rutin Pembersihan Seharian Si Manja Asher Menggunakan Produk Suzuran Baby

Diterbit oleh Suzuran Baby Team pada

Inilah panduan menggunakan kapas asas Suzuran Baby untuk membersihkan bayi anda setiap hari. Memperkenalkan Si Manja Asher <3

1. Bersihkan gusi dan lidah si manja dengan Suzuran Baby Wet Cleaning Cotton. Ibu bapa disarankan agar membersihkan gusi dan lidah si manja:
  • Satu atau dua kali sehari jika bayi menyusu badan
  • Selepas setiap kali menyusu jika menggunakan susu formula
2. Anda boleh menggunakan Wet Cleaning Cotton juga untuk membersihkan mata, bibir dan hidung bayi anda.

3. Lap muka, telinga, tangan dan kaki si manja anda menggunakan Suzuran Baby Gauze Handkerchief.

4. Apabila bayi anda bersedia untuk menukar lampin selepas membuang air besar, celupkan Suzuran Baby Antibacterial Cotton ke dalam air suam, perahkan kering dan lap kawasan lampin dan alat sulit bayi anda. Ia bebas-lin dan amat lembut pada kulit. 

5. Ketika waktu mandi, terutamanya bagi bayi baru lahir yang menyentuh air buat kali pertama, kami menyarankan agar anda menggunakan Suzuran Baby Gauze Bath Towel untuk membedung atau membalut bayi agar mereka berasa selamat dan suam, jadi si manja akan kurang menangis. Kemudian, gunakan tuala untuk membersihkan bayi anda dengan mengelap kepala, muka, badan, tangan dan kaki si manja, jangan lupa bersihkan celahan dan lipatan juga!  

6. Akhir sekali, keringkan bayi dengan tuala dan pakaikan bayi anda dengan Suzuran Baby Gauze Undershirt agar si manja sentiasa selesa sepanjang hari
 
 
 

Kongsi artikel ini



← Artikel Lama Artikel Baru →