English | Malay  

Membersihkan Najis Dan Kencing Bayi

Diterbit oleh Suzuran Baby Team pada

Membersihkan najis dan kencing bayi ketika menukar lampin boleh menjadi agak kelam-kabut dan sedikit bersepah terutamanya bagi yang pertama kali menjadi ibu. Ia mungkin satu pengalaman baru untuk anda tetapi usah bimbang, alah bisa tegal biasa! Di sini kami berikan beberapa panduan dan nasihat tentang cara-cara membersihkan najis dan kencing dari kawasan alat sulit bayi yang betul lagi efektif.

1. Bersihkan tangan anda dahulu 
Ini untuk mengelakkan pemindahan bakteria atau kuman kepada bayi anda.

2. Sediakan produk yang perlu digunakan 
Pastikan semuanya tersedia agar anda tidak perlu meninggalkan bayi anda sendirian untuk mencari sesuatu semasa membersihkan bayi. Produk berikut perlu disediakan lebih dahulu sebelum anda membersihkan punggung bayi dan menukar lampinnya.

-    Lampin atau lampin kain kasa pilihan anda
-    Pad kapas/ kain bersih (berdasarkan pilihan anda)
-    Air suam (36.5°C – 40.5°C)
-    Tuala

Lapikkan tuala di atas meja menukar lampin untuk mencegah ‘kemalangan kecil’ najis dan kencing yang boleh berlaku semasa menukar lampin.

3. Pembersihan awal
Buka lampin dan lap bersih najis atas kulit bayi anda dengan menggunakan bahagian lampin yang tidak terjejas. Gulung dan lekatkan lampin tersebut sebelum dibuangkan.  

4. Lap najis dan kencing
Najis biasanya agak berselerak di sekitar kawasan alat sulit. Ia sering terdapat di celah lipatan kulit dan anda perlu memastikan kawasan celahan dan lipatan di punggung si manja anda telah dilap dan dibersihkan sepenuhnya. 

Andaikan anda menggunakan pad kapas bersih (Suzuran Baby Antibacterial Dry Cotton). Pertama sekali, tambah sedikit air suam ke atas pad kapas anda. Kemudian, balut kapas tersebut di sekeliling jari anda.
Untuk bayi lelaki, bersihkan kawasan kencing (zakar) dahulu, diikuti kawasan di bawah testis dan di antara celahan dan peha. Akhir sekali lap bahagian dubur.

Untuk bayi perempuan, lap dari hadapan ke belakang kerana anda tidak mahu najis memasuki saluran kencing. Ia boleh menyebabkan keradangan. Bilas baki najis yang terdapat di kawasan labia dengan air suam. Akhir sekali lap bahagian dubur.

Pastikan kulit bayi telah kering sepenuhnya sebelum anda memakaikan lampin yang baharu. Anda boleh menggunakan tuala atau sapu tangan bersih ataupun pad kapas Suzuran Baby Antibacterial Cotton yang kering untuk mengeringkan kulit bayi anda.

Jangan lupa, biarkan punggung comel si manja bernafas seketika sebelum memakai lampin baharu! Bayi anda juga perlukan sedikit masa untuk bebas-lampin.

5. Apakah yang perlu dilakukan jika punggung si manja kemerahan dan keradangan?

Ibu bapa jangan panik. Kami faham anda mungkin berasa risau dan sedih! Ia mungkin disebabkan oleh ruam lampin yang basah setelah dibiarkan agak lama. Ia juga boleh berpunca daripada rengsaan lain seperti najis dan kencing serta bahan lain yang tidak lut udara atau terlalu kasar pada kulit.  

Untuk mengurangkan ruam lampin, anda perlu kerap menukar lampin si manja anda. Memandangkan najis dan kencing adalah bahan yang boleh merengsa kulitnya, pastikan juga kawasan alat sulit bayi anda dibersihkan secara menyeluruh.  
 

Jika boleh, elakkan guna tisu basah / baby wipes yang mengandungi alkohol dan pewangi kerana bahan-bahan ini boleh merengsa dan mengeringkan kulit bayi.

Apabila anda berada di rumah, gunakan pad kapas kering (Suzuran Baby Antibacterial Cotton) atau kain lembut, tambah air suam dan membersihkan najis dan kencing. 

Suzuran Baby Antibacterial Cotton amat sesuai untuk membersihkan najis dan kencing bayi. Ia kapas yang antibakteria, tidak-alergenik dan lembut pada kulit bayi yang sensitif. Bukan itu sahaja, ia juga tidak ditambah bahan kimia dan aditif. Ketahui lebih lanjut di sini.  
 


Kongsi artikel ini



Artikel Baru →