English | Malay  

Perlu Diketahui Oleh Ibu Baru

Diterbit oleh Suzuran Baby Team pada

Ia memang tidak mudah untuk menjadi seorang ibu, malahan menjadi ibu buat kali pertama boleh agak meletihkan. Ini adalah kerana perjalanan sebagai seorang ibu merupakan satu perjalanan dibelenggu rasa ragu-diri, sering bimbang dan tidak pasti. Di bawah adalah sesetengah perkara yang anda perlu diketahui.

Jaundis pada bayi adalah normal
Apa yang perlu anda lakukan adalah memastikan bayi anda minum susu yang secukupnya agar si manja dapat mengeluarkan bilirubin melalui pembuangan najis.

Pada ketika ini, anda akan sering diberi petua oleh orang di sekeliling anda, contohnya “beri bayi anda makan itu ini dan jaundis akan hilang”. Ingat, ANDA TIDAK SEHARUSNYA MEMBERIKAN MAKANAN LAIN KEPADA BAYI BARU LAHIR SELAIN SUSU BADAN ATAU SUSU FORMULA. Perkara ini amat penting kerana anda boleh membahayakan bayi anda jika anda menuruti petua sebegini.

Tetapkan pegangan anda, berikan bayi anda susu setiap 2-3 jam, dan perhatikan tahap bilirubin dengan mengunjungi hospital/klinik. Doktor bayi anda tahu apa yang terbaik jika jaundis berlarutan dan boleh menasihati anda mengenai apa yang perlu dilakukan seterusnya.  

Bayi tidak faham perbezaan Siang dan Malam
Apabila bayi anda baru lahir, anda mungkin hanya mahu memeluk si comel anda siang dan malam. Pada satu malam, apabila anda terlalu letih setelah seharian memberi susu dan menukar lampin, anda mendapati si comel baru lahir memandang anda dengan mata cantik yang bulat pada pukul 3 pagi.  

Ya, ini adalah kerana bayi baru lahir tidak faham perbezaan “siang’ dan “malam”. Akan ada hari di mana si comel tidur lena pada siang hari tetapi cergas berjaga sepanjang malam. Anda pula pasti kelam-kabut mencari maklumat melalui Google atau menyemak suhu badan bayi anda untuk memastikan semuanya okey sahaja. Jika suhu bayi berada pada tahap biasa, tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Tarik nafas ibu bapa, dan letakkan si comel di atas katil bersama anda sementara anda cuba berehat dan bayi anda boleh bersantai merenung siling. Percayalah, si comel akan kembali tidur, walaupun ketika itu siang telah menjelma. Ia akan beransur-ansur menjadi teratur apabila bayi anda semakin membesar dan mempelajari adanya “waktu malam”.

Ibu akan kekurangan tidur
Ramai akan berpesan anda agar rehat lebih sikit semasa anda hamil. Ini adalah kerana anda mungkin tidak akan mendapat rehat yang mencukupi apabila bayi anda lahir. Anda akan sentiasa sibuk memeriksa keadaan bayi, mengira jumlah lampin basah yang telah anda tukar setiap hari dan macam-macam lagi.  

Rehat bertambah sukar jika anda menyusu bayi anda. Oleh itu, kami menyarankan agar ibu-ibu mendapatkan bantuan untuk memberi susu pada waktu malam. Anda guna pam dan minta suami memberikan susu, atau anda boleh beri susu formula pada waktu malam agar anda dapat berehat. Anda perlu tahu bahawa kesihatan badan anda adalah lebih penting daripada memberikan bayi anda 100% susu badan. Anda ada masa untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya apabila keadaan fizikal dan mental anda sudah pulih daripada proses persalinan.

Ibu-ibu, janganlah segan meminta bantuan. Kejutkan suami anda pada waktu malam jika anda perlukan bantuan; atau dapatkan ibu/ibu mentua anda atau sesiapa yang boleh membantu anda menjaga si comel selama beberapa jam agar anda boleh keluar rumah buat seketika dan menikmati udara segar agar anda kembali bertenaga. Ia tidak bermakna anda kurang menyayangi si manja jika anda memerlukan sedikit “masa rehat”, kerana anda berhak mendapatkannya! 


Kongsi artikel ini



← Artikel Lama Artikel Baru →