English | Malay  

Awas, HFMD!

Diterbit oleh Suzuran Baby Team pada

Hi ibu bapa, HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut) sedang tersebar di Malaysia sekarang. Kami ingin menasihati para ibu bapa agar mengambil langkah-langkah pencegahan, memberi lebih perhatian kepada bayi dan anak-anak anda serta elakkan membawa mereka ke tempat awam atau tempat yang sesak.

Apakah HFMD?
HFMD ialah penyakit mudah berjangkit dalam kalangan bayi dan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun (namun begitu ada juga kanak-kanak lebih berusia yang dijangkiti). Ia berpunca daripada sekumpulan virus yang boleh mencetuskan kesakitan yang serius terhadap bayi dan kanak-kanak.  

HFMD boleh berjangkit daripada individu ke individu lain melalui sentuhan langsung dengan permukaan atau tangan yang dicemari virus. Ia biasanya tersebar melalui sentuhan dengan lelehan hidung dan tekak, air liur, cairan daripada luka dan najis anak yang telah dijangkiti virus.

Tanda-tanda HFMD 
Termasuklah demam, hilang selera makan, ruam kulit tidak-gatal, dan juga sakit tekak. Ia kemudiannya diikuti dengan ulser yang menyakitkan di dalam mulut, tekak dan lidah, ruam atau luka kecil pada tapak tangan.

Ia boleh mengakibatkan penyakit yang lebih serius seperti kelesuan, muntah-muntahan, demam panas, sukar bernafas atau palpitasi jantung yang teruk.

Ibu bapa turut perlu mengetahui bahawa ada sesetengah pesakit HFMD yang boleh menjangkiti individu lain tanpa menunjukkan sebarang tanda.

Apakah yang boleh dilakukan jika si manja anda dijangkiti HFMD? 
Tidak ada ubat atau vaksin khusus untuk merawat HFMD. Pengurusan penyakit biasanya melalui kelegaan simtomatik daripada kesakitan dan demam.

Ia adalah amat penting untuk memastikan anak anda minum air yang banyak untuk mengelakkan penyahidratan.

Bagaimanakah anda boleh membantu mengurangkan penyebaran HFMD? 

  1. Ibu bapa hendaklah sentiasa berwaspada dan lengkapi diri dengan pengetahuan mengenai HFMD.
  2. Perhatikan tanda-tandanya dan rujuk kepada doktor dengan segera jika bayi atau anak anda tidak sihat.
  3. Elakkan daripada membawa bayi atau kanak-kanak ke tempat awam atau sesak.
  4. Nyahjangkit objek dan permukaan yang sering disentuh seperti permainan atau tombol pintu untuk mencegah penyebaran virus.
  5. Basuh tangan anda dengan kerap dan menyeluruh menggunakan sabun sebelum menyentuh anak anda.
  6. Elakkan sentuhan rapat seperti bercium, berpeluk atau berkongsi alatan makanan atau cawan dengan mereka yang menghidap HFMD.

Produk berkaitan di senarai bawah adalah untuk membantu melindungi anak anda
Semua produk Suzuran Baby telah disteril dan antibakteria, membantu melindungi anak anda daripada kuman dan bakteria.

1. Suzuran Baby Wet Cleaning Cotton – untuk memastikan mulut, muka dan tangan bayi anda sentiasa bersih
2. Suzuran Baby Gauze Glove –sarung tangan bayi untuk mengelakkan bayi anda daripada memasukkan tangannya ke dalam mulut.
3. Suzuran Baby Antibacterial Dry Cotton –untuk memastikan punggung bayi anda bersih selepas kencing dan membuang air besar.

 


Kongsi artikel ini



← Artikel Lama Artikel Baru →