English | Malay  

Lindungi Diri dan Keluarga Anda daripada Jangkitan Kuman

Diterbit oleh Suzuran Baby Team pada

Jangkitan kuman boleh menyebar melalui udara. Apabila seseorang batuk atau bersin, kuman ini akan disebarkan melalui cecair saluran pernafasan.

Berikut adalah cara-cara untuk melindungi diri dan keluarga anda semasa tercetusnya wabak jangkitan kuman:

1. Kerap cuci tangan

Anda hendaklah kerap cuci tangan dengan menggunakan air dan sabun ataupun bahan pencuci tangan seperti cecair pembasmi kuman. Ia adalah penting untuk cuci tangan anda dengan cara yang betul.

Tangan kita ialah ejen pengangkutan paling cekap dalam memindahkan kuman, jadi basuhlah tangan secara kerap untuk mengelakkan pemindahan kuman kepada orang lain.

Anda boleh gunakan Suzuran Baby Wet Cleaning Cotton untuk membersihkan mulut, mata, muka dan tangan si manja apabila berada di luar. Suzuran Baby Wet Cleaning Cotton dalam pek individu mudah dibawa ke luar. Ia diperbuat daripada 100% kapas tulen dan mengandungi hanya 100% air tulen.

2. Pakai penutup mulut dan hidung

Tutuplah mulut dan hidung anda dengan tisu ataupun sapu tangan ketika batuk dan bersin. Kemudian buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah.

Anda boleh bawakan Suzuran Baby Gauze Handkerchief semasa keluar kerana ia amat ringan dan boleh kurangkan kegunaan tisu.

Jika anda tiada tisu atau sapu tangan, kami menyeru agar gunakan siku tangan untuk tutup mulut semasa bersin atau batuk. Selepas itu, cuci tangan dan siku anda menggunakan sabun dan air. Kenapa menggunakan siku tangan untuk tangkap kuman pula? Ini kerana menggunakan siku tangan semasa batuk dan bersin untuk tutup mulut adalah lebih baik dan selamat berbanding dengan menggunakan tangan. Tangan kita mudah sebarkan kuman apabila menyentuh sebarang permukaan seperti pintu, butang lif dan lain-lain.

3. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan kotor 

Seperti yang disebut di atas, tangan ialah ejen pengangkutan paling cekap dalam memindahkan kuman kerana kita biasanya menyentuh muka terutama mata, hidung atau mulut dengan tangan kita. Apabila kita menyentuh muka kita sebelum mencuci tangan, kuman ini akan dapat masuk ke dalam badan kita melalui saluran pernafasan.

Ingatkanlah diri sendiri tentang petua penting ini untuk mengelakkan kuman daripada masuk ke dalam badan!

4. Avoid eating raw or undercooked animal products

Belajar mengendalikan makanan dengan selamat terutamanya daging atau organ haiwan adalah amat penting. Anda seharusnya mengendalikan daging mentah dengan berhati-hati untuk mengelakkan pencemaran silang dengan makanan mentah.

5. Dapatkan rawatan perubatan awal jika anda tidak sihat 

Apabila anda mengalami demam, batuk atau kesukaran bernafas, pergi hospital untuk menyemak dan dapatkan rawatan segera. Kesukaran bernafas mungkin akibat daripada jangkitan virus ataupun kesakitan yang lain. Ia adalah penting untuk menyemak dengan pakar kesihatan jika anda mempunyai kesukaran bernafas dan demam kerana gejala-gejala ini terdapat pelbagai punca.

Kata pepatah, mencegah lebih daripada merawat. Amalkan kebersihan diri boleh melindungi diri dan ahli keluarga anda daripada jangkitan kuman yang serius. 


Kongsi artikel ini



← Artikel Lama Artikel Baru →