English | Malay  

Mandian Berbedung – Pengalaman Lebih Indah Buat Anda Dan Si Manja Baru Lahir

Diterbit oleh Suzuran Baby Team pada

Kebanyakan ibu bapa di Malaysia mungkin tidak pernah mendengar tentang mandian berbedung atau berbalut. Ia amalan biasa di Jepun dan merupakan cara mandian bayi baru lahir yang amat efektif. Mandian berbedung memastikan si manja baru lahir anda tenang semasa mandi dan kurangkan stres ibu bapa!
Kajian menunjukkan hanya 38% bayi menangis semasa mandian berbedung berbanding 93% yang menagis sewaktu mandian biasa.



Dengan kaedah mandian berbedung, bayi baru lahir anda akan dibalut dengan tuala mandi sepanjang waktu mandi. Tuala mandi yang dicelup basah ini membolehkan air suam diserap melalui tuala dan memanaskan badan bayi anda. Anda juga boleh menuang sedikit air ke atas tuala secara berdikit-dikit untuk mengekalkan rasa suam pada tuala.

Berikut adalah panduan memandikan bayi menggunakan kaedah bedung:

1. Persediaan

  • Sediakan semua barangan mandi dan pembersihan untuk bayija baru lahir anda berhampiran tempat mandi.
  • Sediakan air mandian di antara 37 hingga 38°C. Air seharusnya rasa selesa dan tidak panas apabila diletakkan pada bahagian dalam lengan anda.

2. Mandi

  • Bedung bayi anda dengan Suzuran Baby Gauze Bath Towel sebelum dicelup untuk mandi. Kemudian, letakkan bayi secara perlahan-lahan ke dalam tab mandi – setakat paras bahu bayi anda.
  • Pangku dan sokong bayi anda sepanjang waktu mandi.
  • Buka bedung, basuh, bilas dan balut semula setiap anggota tubuh si manja. Anda boleh memilih untuk menggunakan bahagian hujung tuala mandi atau Suzuran Baby Gauze Handkerchief untuk membersihkan bayi anda.  
  • Dengan cara ini, tuala mandi akan memastikan bayi anda berasa suam, selamat dan tenang sepanjang waktu mandi.
  • Jangan biarkan bayi anda keseorangan di dalam tab mandi tanpa pemantauan.
  • Mandian akan mengambil masa 5 hingga 10 minit.

Suzuran Baby Gauze Bath Towel adalah dicipta khas untuk membedung bayi baru lahir anda ketika mandi. Ia diperbuat daripada 100% kapas dan ia amat menyerap air. Bukan itu saja, ia juga amat lembut dan selesa pada kulit.  

Mandian berbedung untuk bayi baru lahir anda boleh menjadi satu pengalaman yang meredakan dan ia dapat merapatkan lagi ikatan antara ibu dan anak. Cubalah cara mandian ini untuk bayi baru lahir anda! Anda dan si manja mungkin akan menggemarinya.  


Kongsi artikel ini



← Artikel Lama Artikel Baru →