English | Malay  

Perkara Yang Anda Mula Ambil Berat Sebagai Ibu Baru

Diterbit oleh Suzuran Baby Team pada

Perkara-perkara ini mungkin satu pengalaman baru bagi seorang ibu baru.

Menjejak jadual penyusuan bayi
Kita mungkin tidak ingat apa yang kita makan semalam. Tetapi sebagai seorang ibu, anda pasti akan mencari jalan atau aplikasi mudah alih untuk menjejak jadual penyusuan bayi anda. Bayi baru lahir perlu menyusu setiap 2-3 jam sekali. Ibu yang menyusu badan pula selalunya memberikan susu apabila diminta untuk mengekalkan bekalan susu.

Suzuran Baby Wet Cleaning Cotton boleh digunakan untuk membersihkan mulut bayi (terutamanya jika anda memberi susu formula) dan juga untuk membersihkan puting sebelum dan selepas menyusu. Semasa tempoh pantang, kebanyakan ibu dinasihatkan agar tidak sentuh air yang mengalir. Jadi produk ini amat mudah dan sesuai untuk digunakan oleh ibu-ibu untuk membersihkan diri semasa penyusuan bayi. 

Memantau jumlah lampin yang digunakan
Anda mungkin tidak tahu ataupun yakin bilakah anda akan bersedia untuk menyentuh dan membersihkan najis dan kencing sehingga anda menjadi seorang ibu. Ia adalah amat penting untuk memantau jumlah lampin yang digunakan oleh bayi anda dalam sehari kerana ia memberi petanda sama ada bayi anda mendapat hidrasi yang mencukupi dan telah mengeluarkan bilirubin untuk mengelakkan jaundis. 

Anda juga perlu kerap menukar lampin bayi anda untuk mencegah ruam lampin. Cara terbaik untuk membersihkan punggung si manja anda adalah dengan mengelapnya menggunakan kapas dan air – basahkan Suzuran Baby Antibacterial Dry Cotton dengan air suam dan lap secara lembut bermula dari kawasan alat sulit bayi menghala ke luar. Kulit bayi akan bersih dan kering apabila anda menggunakan kapas tulen 100% dan antibakteria ini. Ibu tidak payah risau!

Adakah bayi anda masih bernafas?
Jikalau bayi anda mengalami jaundis, anda mungkin tidak sedar berapa kerapnya anda memeriksa bayi anda untuk memastikan si manja masih bernafas. Anda meletakkan tangan anda pada bayi anda untuk merasakan hembusan nafasnya, dan bersyukur apabila mendapati si manja sedang tidur lena. Kemudian, anda akan mengulang tindakan tersebut berkali-kali sepanjang hari, hanya untuk memastikan si manja masih bernafas. 

Sebagai seorang ibu baru, saya turut menggunakan Google untuk mempelajari dan memahami “Sudden Infant Death Syndrome” (SIDS) kerana saya tahu ia boleh berlaku dan terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko daripada berlaku. Ibu-ibu mungkin akan berasa bimbang dan takut, tetapi menjadi seorang ibu turut menjadikan kita lebih kuat dan tabah, serta akan berbuat apa sahaja untuk melindungi si manja kita!


Kongsi artikel ini



← Artikel Lama Artikel Baru →