English | Malay  

Apakah Yang Perlu Ada Dalam Beg Hospital Anda?

Diterbit oleh Suzuran Baby Team pada

Anda mungkin berpendapat bahawa beg hospital anda hanya perlu disediakan apabila kandungan mencecah lebih kurang....35 minggu?

Namun begitu, bukan semua perkara akan berjalan seperti yang dirancang kerana anda mungkin bersalin lebih awal dari jangkaan atas sebab-sebab yang tidak disangka. Oleh itu, persediaan awal amat penting apabila anda telah disahkan hamil, atau apabila kandungan anda mencecah 20 minggu. 

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu disediakan untuk mengelakkan panik pada saat akhir!

(1) Baju-T, kain sarung dan pad bersalin untuk ibu 
Sediakan baju-T kegemaran anda yang besar dan lusuh kerana agar anda berasa selesa selepas bersalin. Bawakan juga seluar panjang yang selesa ataupun kain sarung yang mudah digunakan. Anda mungkin mengalami darah nifas yang agak banyak selepas bersalin, jangan lupa sediakan pad bersalin! 
(2) Kain bedung untuk memastikan bayi berasa selamat dan selesa
Cuaca di Malaysia memang panas, kenapalah perlu membedung bayi anda yang baru lahir? Sebenarnya, membedung atau membalut bayi boleh membantu si manja berasa selamat. Anda boleh pakai Suzuran Baby Gauze Short Undershirt (atau Long Undershirt) untuk bayi anda kerana ia lut udara, selesa dan lembut pada kulit bayi. Kulit bayi baru lahir adalah amat lembut and sensitif! Pastikan ia tersedia dalam beg anda kerana jururawat di hospital akan minta pakaian dan kain bedung apabila anda dan si manja telah bersedia untuk balik rumah.     
(3) Sarung tangan bayi untuk mencegah bayi daripada mencakar dirinya
Tahukah anda bahawa bayi dilahirkan dengan kuku yang panjang dan tajam? Kebanyakan ibu bapa baru tidak tahu tentang perkara ini. Suzuran Baby Gauze Gloves diperbuat daripada 100% kapas tulen, menjadikannya lembut dan selesa pada kulit bayi! Jika anda mendapati sarung tangan (Suzuran Baby atau jenama lain) terlalu besar, gunakan pelekat perubatan untuk memastikan sarung tangan tidak tercabut (petua penting kami pelajari daripada jururawat)!
(4) Sediakan lampin bayi baru lahir untuk memastikan punggung si manja sentiasa bersih & kering
Anda boleh tanya pihak hospital sama ada lampin akan tersedia untuk bayi baru lahir terlebih dahula. Walau bagaimanapun, anda boleh menyediakan beberapa helai lampin dalam beg hospital anda. Oleh sebab setiap bayi berbeza saiz dan si manja mungkin tidak sesuai menggunakan lampin yang disediakan oleh hospital. kami menyarankan agar anda mendapatkan sampel lampin bayi baru lahir, cubakan dan ketahui jenama mana yang lebih sesuai untuk bayi anda. Paling penting, jangan lupa untuk menukar lampin dengan kerap untuk mengelakkan ruam lampin..
(5) Sediakan susu formula sebagai alternatif
Kami faham bahawa setiap ibu mahu menyediakan yang terbaik buat bayi mereka. Kerana itulah semakin ramai ibu yang komited untuk memberi susu badan. Namun begitu, terdapat ibu-ibu yang mengalami sedikit kesukaran untuk menyusu badan pada peringkat awal. Oleh itu, jangan segan untuk memberikan susu formula untuk memastikan bayi anda kenyang. Pada masa yang sama ia memberi masa untuk ibu menyesuaikan diri dan belajar menyusu bayi dengan susu badan.
Ini adalah senarai semak beg hospital yang kami sediakan untuk membantu anda bersedia lebih awal untuk menyambut kelahiran bayi anda. Anda boleh suai-padan senarai ini untuk kegunaan anda sendiri!

Kongsi artikel ini



← Artikel Lama Artikel Baru →