Baby wearing Suzuran Baby gauze undershirt and holding gauze handkerchief

SUZURAN BABY DICIPTA DENGAN PENUH KASIH SAYANG

KAMI PERCAYA PENJAGAAN SELEMBUT KASIH BERMULA SEJAK LAHIR

Bayi mempunyai kulit yang sangat lembut dan ia lebih halus dan sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Oleh itu, kulit bayi memerlukan perlindungan daripada organisma luaran, perengsa dan alergen sejak lahir.

Kami di Suzuran Baby bangga membekalkan barangan keperluan bayi diperbuat daripada 100% kapas tulen. Produk bayi berasaskan tumbuhan sebenar ini adalah 100% semulajadi, lembut dan tidak-alergenik demi memastikan bayi anda sentiasa selesa, tidak meragam sepanjang hari dan dapat membesar dengan sihat dan gembira. Produk kita juga adalah antibakteria demi melindungi bayi daripada bakteria berbahaya dan kuman. Kami percaya bahawa apabila bayi ceria ibu-ibu pasti gembira!

Suzuran Baby diasaskan oleh Suzuran Medical Inc di Jepun yang berpengalaman lebih 180 tahun dalam penghasilan produk kapas bergred perubatan kepada hospital dan pengguna. Dengan penyelidikan dan dedikasi terhadap kecemerlangan produk melebihi 100 tahun, produk kami dicipta secara teliti dari segi pemilihan kapas mentah berkualiti tinggi hingga proses pengeluaran yang dipantau ketat bagi memastikan bayi anda menerima penjagaan penuh kasih sayang sejak lahir.

MENGAPA IBU BAPA MENCINTAI SUZURAN BABY

Kami rasa bangga dengan kualiti produk cemerlang yang kami memperkenalkan kepada semua ibu bapa untuk memastikan bayi anda menerima penjagaan selembut kasih sayang dari awal. Ibu bapa mencintai produk Suzuran Baby kerana ia:

100% Japan Medical Use Standard Absorbent Cotton

100% Kapas Tulen Piawai Penyerapan Kegunaan Perubatan Jepun

100% Pure Cotton

100% Kapas Tulen

100% berasaskan tumbuhan (semulajadi) yang memelihara kulit bayi yang halus dan sensitif. Produk berasaskan tumbuhan juga adalah 100% terbiodegradasi.
Antibacterial

Antibakteria

Dengan melalui proses antibakteria semulajadi yang menggunakan Chitosan, produk kami dapat mengawal pertumbuhan bakteria berbahaya sekaligus membantu melindungi bayi daripada jangkitan kuman.
Sterilized under high temperature

Disteril

Produk kami disteril menggunakan wap tekanan tinggi untuk memastikan produk adalah bersih dan selamat untuk digunakan oleh bayi.
Hygienic

Bersih

Tahap pembungkusan dan kedapan yang tinggi dilaksanakan untuk mengekalkan kesterilan produk.
No additives or chemicals added

Tiada Tambahan Aditif atau Bahan Kimia

Sesuai dan selamat digunakan oleh bayi baru lahir.
Non-allergenic

Tidak-Alergenik

Sesuai untuk bayi yang memiliki kulit sensitif dan alergi seperti ekzema dan asma.

DEDIKASI MENJAMIN KECERMELANGAN KUALITI

Di Suzuran Baby, kami memastikan produk dihasilkan dengan tahap keselamatan dan kualiti tertinggi. Pensijilan daripada badan-badan antarabangsa di bawah ialah bukti komitmen kami untuk menjamin kualiti produk yang baik:

Suzuran Baby products are OEKO-TEX® certified to be free from harmful substances.
Suzuran Baby products obtain certifications from TUV SUD to demonstrate our compliance towards continuous product excellence.
Happy baby with Suzuran Baby 100% natural and premium products

Kenali Barangan Keperluan Bayi 100% Semulajadi