English | Malay  

Jenama Kami

"Suzuran Baby yang ditubuhkan di Jepun adalah diasaskan lebih 180 tahun dahulu oleh Suzuran Medical Inc. Syarikat kami memberi tumpuan kepada pengeluaran produk kapas berkualiti tinggi. Bermula dengan menyediakan kapas untuk industri perubatan, jenama kami kemudiannya mula berkembang menerokai industri barangan pengguna dalam kategori kosmetik, penjagaan diri dan penjagaan bayi di negara-negara seluruh Asia. Dengan menggunakan kapas tulen – yang merupakan fiber semulajadi sebagai bahan asas, kami menerajui penyelidikan mengenai kapas dalam usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan harian orang ramai." – Presiden, Yasuhiro Kunieda

Suzuran Baby merupakan pakar bagi produk kapas untuk bayi yang tidak-alergenik dan antibakteria, jadi amat sesuai untuk kulit sensitif bayi baru lahir. 

Bayi baru lahir mempunyai kulit yang sangat lembut dan ia lebih halus dan sensitif berbanding kulit orang dewasa. Oleh itu, kulit bayi memerlukan perlindungan tambahan daripada organisma luaran, perengsa dan alergen. Kami berbangga menghasilkan produk kapas yang berkualiti tinggi, 100% semulajadi demi memenuhi keperluan bayi anda.

Baca selanjutnya untuk ketahui sebab kapas tulen menjadi pilihan fabrik terunggul untuk bayi anda di sini.

Produk Suzuran Baby hanya mengandungi kapas tulen demi menjaga kulit bayi anda yang lembut dan sensitif. Malalui proses pemilihan kapas mentah berkualiti tinggi dan proses pengeluaran yang dipantau ketat, produk berkualiti tinggi dapat dihasilkan untuk semua ibu bapa yang amat menyayangi dan mengambil berat tentang keselesaan bayi mereka.

100% Kapas Tulen Piawai Penyerapan Kegunaan Perubatan Jepun
 
  • 100% Kapas Tulen

Antibakteria

Disteril pada 115℃

Bersih
 

Tiada tambahan aditif atau bahan kimia

Tidak-alergenik