Soalan Lazim (FAQ)

Asal Produk & Jenama

Produk Suzuran Baby dihasilkan di Shanghai. Produk kami diiktiraf dengan pensijilan OEKO-TEX®, ISO 9001 dan ISO 13485 sebagai bukti komitmen dan dedikasi kami untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi, selamat dan bebas daripada bahan berbahaya.

Suzuran Baby adalah berasal dan dicipta dari Jepun.

Penghantaran & Pengeposan

Ya ada, kecuali ke China, Jepun, Hong Kong dan Macau. Sila emelkan item dan kuantiti yang ingin anda beli ke enquiry@suzuranbaby.com.my Kami akan memaklumkan anda mengenai caj penghantaran dan tempoh pengeposan. Semua pembelian antarabangsa akan dikira dalam Dolar Amerika Syarikat (USD).

Kami memerlukan 2 - 3 hari bekerja (untuk Semenanjung Malaysia) dan 3 - 5 hari bekerjan (untuk Sabah dan Sarawak) bagi menyedia dan menghantar pembelian anda.

Jika anda memerlukan item anda dengan segera, kami menyarankan agar anda mengunjungi wakil jualan kami untuk membuat pembelian. Senarai lokasi berhampiran di sini.

Maklumat Produk

Ya, Wet Cleaning Cotton adalah selamat digunakan untuk membersihkan mulut bayi anda dari umur 0 bulan ke atas. Wet Cleaning Cotton diperbuat daripada 100% kapas tulen piawai penyerapan kegunaan perubatan Jepun dan mengandungi 100% air tulen. Tiada aditif atau bahan kimia ditambahkan dalam proses pembuatan.

Ya, boleh. Bagaimanapun, kami menasihatkan ibu bapa agar mengambil langkah berwaspada semasa membersihkan mulut bayi anda menggunakan sapu tangan untuk mencegah pendarahan.

Alternatifnya, kami menyarankan agar ibu bapa menggunakan Wet Cleaning Cotton sebagai pilihan yang lebih lembut untuk membersihkan gusi, lidah dan kaviti mulut bayi anda. Ia diperbuat daripada 100% kapas tulen piawai penyerapan kegunaan perubatan Jepun, mengandungi 100% air tulen, dan disteril untuk memastikan ia lembut dan selamat untuk bayi anda.

Kami tidak menyarankannya. Kami menyarankan agar ibu bapa menggunakan Wet Cleaning Cotton untuk membersihkan gusi, lidah dan kaviti mulut bayi anda. Wet Cleaning Cotton diperbuat daripada 100% kapas tulen piawai penyerapan kegunaan perubatan Jepun, mengandungi 100% air tulen, dan disteril untuk memastikan ia lembut dan selamat untuk bayi anda.

Ya, boleh. Anda boleh membasahkan Antibacterial Cut Cotton dengan air suam untuk membersihkan muka bayi anda. Antibacterial Cut Cotton kami adalah tebal, lembut dan tidak alergenik. Ia amat sesuai untuk bayi dengan kulit sensitif atau alergi.

Kami tidak menyarankannya kerana merendam Antibacterial Cut Cotton akan menyebabkan kapas tersebut kehilangan struktur dan hancur sekiranya direndam terlalu lama dalam air.

Kami menyarankan ibu bapa agar menggunakan Gauze Handkerchief kami untuk membersih dan mengelap bayi semasa mandi. Ia sangat ringan dan mempunyai kadar serapan yang tinggi, menjadikannya sesuai untuk digunakan sebagai kain basahan untuk membersihkan bahagian yang sukar dicapai seperti leher bayi.

Semua produk Suzuran Baby disteril dengan tekanan wap tinggi, dibungkus secara bersih dan ditutup sepenuhnya untuk mengekalkan kesterilan produk. Oleh itu, anda tidak dapat memilih warna sapu tangan.

Semestinya! Gauze Undershirt Short / Long kami boleh dipakai oleh bayi baru lahir sehingga berumur 9 bulan, bergantung juga pada saiz bayi. Lihat kepanjangan Gauze Short Undershirt dan Gauze Long Undershirt sebelum membeli.

Pelitup muka kanak kanak kami sesuai untuk kanak kanak berumur 2 tahun dan ke atas.

Sila ambil perhatian bahawa kanak kanak di bawah umur 2 tahun TIDAK digalakkan memakai pelitup muka kerana:
- Mereka mempunyai saluran pernafasan yang lebih kecil. Oleh itu, bernafas melalui pelitup muka agak sukar buat mereka.
- Jika mereka mengalami kesukaran bernafas dan mereka tidak dapat memberitahu sesiapa atau mencabut sendiri pelitup muka tersebut, mereka mungkin mati tercekik.

Rujuk garis panduan KKMsini

Tiada garis panduan yang menentukan berapa kali anda boleh mencuci dan mengguna pelitup muka ini. Ia boleh tahan lama dengan cara mencuci and penjagaan yang baik. Sekiranya anda mendapati bahawa kain pelitup muka telah menjadi nipis / lusuh / koyak, anda adalah dinasihatkan untuk berhenti menggunakannya dan guna pelitup muka yang baru.

Tidak semestinya kerana fabrik telah disteril menggunakan wap tekanan tinggi sebelum dibungkus. Oleh itu, ia selamat digunakan terus dari pek.

Jika anda lebih menggemari rasa dan sentuhan yang lebih lembut, anda boleh memilih untuk membasuh fabrik kain kasa kapas baharu kerana ia boleh membantu melembutkan fabrik. Fabrik menjadi lebih lembut selepas setiap basuhan.

Fabrik kain kasa kapas kami senang untuk dijaga. Anda boleh membasuh menggunakan tangan atau mesin basuh dengan kitaran lembut atau perahan ringan. Guna sabun basuh lembut atau untuk pakaian bayi. Akhir sekali jemur dan keringkan di bawah cahaya matahari.

Buat masa ini, kami tidak menawarkan sarung kaki untuk bayi. Anda boleh lihat rangkaian Pakaian Harian Bayi kami di sini.

Buat masa ini, kami tidak menawarkan lampin kain atau selimut bedung. Daftarlah untuk buletin kami untuk mengetahui penambahan dan berita terkini Suzuran Baby!

Ya, anda boleh menyertakan mesej peribadi dengan membeli kad hadiah di laman web kami. Sertakan mesej peribadi anda di bawah “Arahan Khas Untuk Penjual” semasa mendaftar keluar dan kami akan menuliskan kad hadiah tersebut bagi pihak anda. Dapatkan kad hadiah di sini.

Perkhidmatan penulisan ucapan peribadi kad hadiah adalah eksklusif untuk pembelian di laman web rasmi sahaja. Servis ini tidak disediakan untuk pembelian dari Shopee dan Lazada.