English | Malay  

Polisi Privasi

Dasar privasi ini (“Dasar Privasi”) digunapakai bagi penggunaan Laman Web www.suzuranbaby.com (“Laman Web”) oleh anda, adalah dimiliki dan dikendalikan oleh Little Good Life Sdn Bhd (“Suzuran Baby”, “kami”, atau “kita”). Privasi dan keselamatan anda amat penting buat kami. Sila baca Dasar Privasi ini dengan teliti dan fahami bagaimana kami akan menggunakan dan melindungi maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami. Kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan mana-mana pihak kecuali seperti dinyatakan di dalam Dasar Privasi ini. Kami berhak untuk membuat perubahan pada Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa, jadi pastikan anda melakukan semakan berkala mengenainya.

Dasar Privasi ini menjelaskan tentang:

  1. Apakah bentuk data peribadi yang kami kumpul
  2. Bagaimana kami mengumpul data peribadi anda
  3. Bagaimana kami menggunakan data peribadi yang dikumpul
  4. Bila kami mendedahkan data peribadi anda
  5. Akses kepada dan membetulkan data peribadi anda
  6. Urus niaga atastalian dengan kami

Kami Menghormati Privasi Anda 

Kami menghargai kepercayaan anda dan kami komited untuk melindungi data peribadi anda dan memastikan data peribadi anda digunakan hanya untuk tujuan yang kami nyatakan di sini.

Anda mempunyai pilihan pada bila-bila masa, untuk tidak menyediakan data peribadi anda atau menarik balik kebenaran anda untuk memproses data peribadi anda.

Pengumpulan Data Peribadi

Data peribadi merujuk kepada sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk membezakan, mengenalpasti atau menghubungi anda. Notis privasi ini tidak mengumpul maklumat sensitif yang berkaitan dengan kesihatan, pandangan politik dan kepercayaan agama anda.

Dalam usaha untuk menyediakan komunikasi yang efektif mengenai produk dan perkhidmatan kami kepada anda, kami mungkin mengumpul maklumat peribadi daripada anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan maklumat perhubungan lain yang berkaitan, butiran pengenalan, maklumat urus niaga, dan lain-lain maklumat yang perlu untuk melengkapkan pembelian barangan, atau semasa menyertai tinjauan, peraduan atau tawaran promosi. 

Data peribadi yang kami kumpul adalah sama ada secara wajib atau sukarela. Data peribadi wajib adalah perkara yang kami perlukan untuk menyediakan produk kami kepada anda. Kami tidak dapat menyediakan produk kami kepada anda sekiranya anda tidak memberikan data peribadi wajib. Data peribadi sukarela pula merupakan maklumat yang bukan dalam kategori wajib bagi kami untuk menyediakan produk kami kepada anda. Jika anda tidak menyediakan maklumat peribadi sukarela kepada kami, anda masih boleh membeli dan menerima produk kami.

Kami tidak menerima atau menyimpan sebarang maklumat kad kredit. Maklumat ini diambil dan diproses bagi pihak kami oleh penyedia gerbang pembayaran kami iPay88 yang mengesahkan kredit untuk tujuan kebenaran dan pembayaran.

Kami mengumpul data peribadi anda melalui:

  • Borang langganan
  • Borang pertanyaan dan maklumbalas
  • Pembelian barangan

Penggunaan Data Peribadi

Kami mengumpul data peribadi anda untuk digunakan bagi satu atau lebih tujuan berikut:

  • Untuk memproses dan mengesahkan pesanan anda.
  • Untuk syarikat kurier menghantar produk kepada anda.
  • Untuk tujuan pengenalan dan pengesahan.
  • Untuk tujuan operasi dan pentadbiran.
  • Untuk menyediakan sokongan dan khidmat pelanggan.
  • Untuk menguruskan penyertaan anda dan pentadbiran kami bagi sebarang acara, termasuk peraduan, promosi atau kempen.
  • Untuk menjalankan aktiviti pemasaran.
  • Untuk berkomunikasi dengan anda mengenai produk dan perkhidmatan kami, tawaran promosi, surat berita dan/atau borang tinjauan atau soalselidik pelanggan.

Pendedahan Data Peribadi

Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda, dan pengurusan dan/atau operasi kami, data peribadi anda diperlukan oleh pihak ketiga berikut yang kami berurusan dengannya:

  • Syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai ejen, kontraktor, penyedia perkhidmatan dan/atau penasihat profesional kami.
  • Syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam pemprosesan bayaran dan pelengkapan pesanan.

Mengemaskini Data Peribadi Anda

Anda diberi kebebasan untuk menyemak, mengubah dan/atau membetulkan data peribadi yang telah anda berikan kepada kami dengan mengemaskini akaun anda di www.suzuranbaby.com, atau anda memintanya secara bertulis melalui atas talian.

Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga

Anda adalah dimaklumkan bahawa Dasar Privasi ini digunapakai hanya kepada www.suzuranbaby.com. Ia tidak digunapakai kepada mana-mana laman web pihak ketiga yang mungkin anda akses melalui Laman Web kami. Untuk maklumat lanjut mengenai dasar privasi pihak ketiga (seperti Facebook, Instagram dan sebagainya), sila rujuk Dasar Privasi pihak berkenaan.

Makluman Perubahan

Kami boleh menyemak Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Sekiranya kami membuat keputusan untuk mengubah Dasar Privasi kami, kami akan mengemaskini dasar yang telah disemak tersebut di   www.suzuranbaby.com. Oleh sebab kami mungkin membuat perubahan pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada anda, kami menyarankan agar anda menyemak Dasar Privasi ini secara berkala di www.suzuranbaby.com. Sila ambil perhatian bahawa hak kami untuk menggunakan data peribadi anda adalah berasaskan dasar privasi yang berkuatkuasa pada masa maklumat tersebut digunakan.

Tamat Langganan

Anda boleh memilih untuk berhenti menerima sebarang komunikasi masa depan daripada kami apabila anda log masuk ke akaun anda, atau anda boleh menghantar permintaan anda melalui e-mel ke  enquiry@lilgoodlife.com.