English | Malay  

Terma & Syarat

Sila baca terma & syarat berikut dengan teliti sebelum menggunakan laman web ini (“Laman Web”). Apabila anda menggunakan Laman Web ini ia bermakna anda bersetuju dan menerima terma-terma penggunaan ini. Jika anda tidak bersetuju dengan terma-terma penggunaan ini, sila jangan gunakan Laman Web ini.

Laman Web ini dimiliki dan dikendalikan oleh Little Good Life Sdn Bhd untuk anda. Anda sebagai pengguna bersetuju dan menerima terma & syarat yang terkandung di sini tanpa sebarang modifikasi (“Terma Penggunaan”). Akses dan penggunaan Laman Web ini adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat ini dan semua undang-undang, statut, dan peraturan yang berkenaan. Terma-terma “Suzuran Baby”, “kami”, dan “kita” merujuk kepada Little Good Life Sdn Bhd di Laman Web ini. Laman Web ini telah direka untuk menyediakan maklumat umum mengenai Suzuran Baby dan perniagaannya, dan untuk menawarkan peluang bagi membeli produk Suzuran Baby serta menerima surat berita dan maklumat terkini mengenai produk Suzuran Baby. Maklumat yang terkandung di dalam Laman Web ini tidak bertujuan untuk menyediakan nasihat perubatan. Pengguna Laman Web seharusnya menyedari bahawa TIADA agensi kawalselia telah menganggap bahawa produk yang dinyatakan di sini sebagai efektif atau bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, memulihkan atau mencegah sebarang penyakit. Sekiranya terdapat percanggahan di antara maklumat yang disediakan di Laman Web ini dan sebarang maklumat yang disediakan bersama produk Suzuran Baby, maklumat yang terkandung di dalam lampiran produk hendaklah dianggap sebagai maklumat yang paling betul.   

Penerimaan Syarat-syarat
Pembelian produk Suzuran Baby & langganan surat berita Suzuran Baby serta penggunaan Laman Web www.suzuranbaby.com dikawalselia oleh Terma & Syarat ini. Dengan membeli/melanggan surat berita dan menggunakan Laman Web, anda telah bersetuju dengan Terma & Syarat ini. Kami berhak untuk mengemaskini atau meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa. Akses berterusan anda di Laman Web dan langganan surat berita akan diambilkan sebagai persetujuan dan penerimaan anda bagi sebarang perubahan atau semakan kepada Terma & Syarat. Kegagalan anda untuk mematuhi Terma & Syarat ini boleh menyebabkan penggantungan atau penamatan akses anda ke Laman Web ini tanpa sebarang notis.  

Tiada Pengantungan
Walaupun Suzuran Baby telah berusaha untuk memastikan ketepatan maklumat yang diakses melalui Laman Web dan diedarkan melalui surat berita, kami tidak menjamin atau memberi waranti mengenai ketepatan, kekinian atau kelengkapan sebarang maklumat atau bahan yang dipaparkan di Laman Web ini atau di dalam surat berita.  

Harta Intelektual
Semua kandungan yang tersedia di dalam Laman Web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, grafik, logo, ikon, imej, video, kompilasi data (kolektifnya, “Kandungan”) adalah hak milik Little Good Life Sdn Bhd.

Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang hakcipta yang berkenaan dan semua notis atau sekatan hakcipta tambahan yang terkandung di dalam Laman Web dan/atau surat berita. Kecuali dengan tujuan melayari Laman Web dan surat berita, anda dilarang menyalin, menyesuaikan atau mengedarkan bahan-bahan tersebut kecuali anda telah mendapat kebenaran bertulis kami untuk berbuat demikian. Anda tidak boleh menggunakan mana-mana nama dagangan atau jenama Suzuran Baby tanpa kebenaran awal bertulis dari kami dan anda mengesahkan bahawa anda tidak mempunyai sebarang hak pemilikan pada mana-mana nama, jenama atau tanda dagangan tersebut. Anda bersetuju untuk memaklumkan Suzuran Baby secara bertulis dengan segera apabila anda menyedari tentang sebarang akses tanpa kebenaran kepada atau penggunaan Laman Web atau surat berita oleh mana-mana pihak atau mengenai sebarang tuntutan bahawa Laman Web, surat berita atau sebarang kandungan Laman Web atau surat berita yang menyalahi mana-mana hakcipta, tanda dagangan, atau sebarang hak undang-undang berkontrak, berkanun atau mana-mana pihak lain.   

Kandungan Pengguna 
Kandungan pengguna merujuk kepada apa sahaja hantaran atau paparan yang anda menerbitkan atau yang sudah tersedia di Laman Web kami. Kami membenarkan anda menerbit hantaran ulasan, komen, pertanyaan dan perkara lain di Laman Web kami. Anda mengekalkan semua hak di dalam, dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk Kandungan Pengguna yang anda hantarkan ke www.suzuranbaby.com.

Kami berhak untuk mengguna, menyimpan, memaparkan, mengubah dan mengedarkan Kandungan Pengguna anda di www.suzuranbaby.com hanya untuk tujuan operasi, pembangunan, penyediaan dan menggunakan produk www.suzuranbaby.com. Kami juga berhak untuk membuang atau meminda Kandungan Pengguna atas sebarang sebab, termasuk Kandungan Pengguna yang kami percaya telah menyalahi terma-terma ini atau dasar-dasar kami.

Selepas penamatan atau penyahaktifan akaun anda, atau jika anda memadamkan sebarang Kandungan Pengguna dari www.suzuranbaby.com, kami boleh mengekalkan Kandungan Pengguna anda untuk tempoh komersial yang sesuai untuk tujuan sandaran, arkib atau audit.  

Maklumbalas
Sungguhpun kami berbesar hati menerima maklumbalas, komen dan saranan anda yang diserahkan ke Laman Web, sebarang maklumat yang anda serahkan melalui Laman Web akan dianggap sebagai bukan-peribadi, bukan-rahsia, dan bukan-empunya (selain maklumat peribadi, memandangkan terma tersebut telah ditakrifkan di dalam Dasar Privasi kami). Sila baca Dasar Privasi kami sebelum menyerahkan maklumat peribadi kepada www.suzuranbaby.com. Penggunaan Laman Web oleh anda membentuk persetujuan dan penerimaan semua terma-terma Dasar Privasi oleh anda. Jika anda menghantar sebarang saranan, maklumat, konsep, cara-bagaimana atau teknik atau bahan lain kepada kami melalui Laman Web, anda dengan ini memberi lesen tidak boleh ubah, bebas-royalti, tiada sekatan kepada Suzuran Baby untuk mengguna, menerbitkan semula, memaparkan, melaksanakan, mengubah, menghantar dan mengedarkannya dalam sebarang bentuk atau medium, dan bersetuju bahawa Suzuran Baby bebas menggunakannya untuk sebarang tujuan.  

Produk dan Perkhidmatan
Produk atau perkhidmatan tertentu mungkin tersedia secara ekslusif atas talian melalui Laman Web ini. Produk atau perkhidmatan ini mungkin tersedia dalam kuantiti terhad dan tertakluk kepada pemulangan atau pertukaran mengikut Dasar Pemulangan kami sahaja.

Kami telah mengambil langkah sewajarnya untuk memaparkan warna dan imej produk kami setepat yang boleh sebagaimana terdapat di Laman Web ini.

Kami tidak bertanggungjawab jika maklumat yang disediakan di Laman Web ini tidak tepat, tidak lengkap atau tidak semasa. Kandungan di dalam Laman Web ini telah disediakan sebagai maklumat am sahaja dan tidak boleh diharapkan untuk atau digunakan sebagai asas semata-mata untuk membuat keputusan tanpa merujuk kepada sumber maklumat utama, lebih tepat, lebih lengkap atau lebih terkini. Sebarang kebergantungan kepada bahan yang terdapat di Laman Web ini adalah atas risiko anda sendiri.

Perubahan Produk, Perkhidmatan dan Harga
Kami berhak untuk mengubah, menukar atau menamatkan Perkhidmatan (atau mana-mana bahagian kandungan di sini) pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Semua gambaran produk dan harga produk adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis, mengikut budi bicara mutlak kami. Kami berhak untuk menamatkan pengeluaran atau penjualan mana-mana produk pada bila-bila masa.  

Item yang terdapat di dalam troli pembelian anda akan mencerminkan harga terkini yang dipaparkan pada halaman butiran produk item tersebut. Harga-harga akan dikemaskini dengan kerap untuk diselaraskan dengan jualan khas berlainan, harga terhad, dan diskaun lain. Oleh itu, harga pada butiran produk dan di dalam troli belian anda mungkin berubah selepas kemaskini tersebut untuk mencerminkan harga semasa. Meletakkan item di dalam troli belian tidak membentuk tempahan pada harga semasa yang ditunjukkan pada waktu tersebut, dan harga hanya disahkan apabila pesanan telah dibuat. Diskaun adalah tawaran tempoh-terhad dan tidak sah digunakan bersama tawaran lain. Untuk penghantaran, pembatalan, dan sebarang soalan mengenai pesanan, sila rujuk ke bahagian Dasar Pengeposan & Penghantaran dan Dasar Pemulangan kami.

Kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga atas sebarang pertukaran, perubahan harga atau penamatan Perkhidmatan.

Ketepatan Maklumat Pengebilan dan Akaun
Kami berhak untuk menolak, menghad atau membatalkan sebarang pesanan yang anda buat di Laman Web. Sekatan ini mungkin merangkumi pesanan yang dibuat oleh atau di bawah akaun pelanggan yang sama, kad kredit yang sama, dan/atau pesanan yang menggunakan alamat pengebilan dan/atau penghantaran yang sama. Pada masa perubahan atau pembatalan pesanan dibuat, kami mungkin akan cuba menghubungi e-mel dan/atau alamat pengebilan/nombor telefon yang diberikan semasa pesanan dibuat. Kami berhak untuk menghad atau melarang tempahan yang, pada pendapat kami, kelihatan seperti dibuat oleh penjual, penjual-semula atau pengedar.

Anda bersetuju untuk memberikan maklumat akaun dan pembelian yang tepat dan lengkap untuk semua pembelian di Laman Web kami. Anda bersetuju untuk mengemaskini akaun anda dan semua maklumat peribadi lain dengan segera agar kami dapat memproses dan melaksanakan pesanan anda tanpa sebarang gangguan, serta menghubungi anda jika perlu.

Pautan, Laman dan Perkhidmatan Pihak Ketiga
Laman Web dan surat berita mungkin mengandungi pautan ke laman web, pengiklan, perkhidmatan, tawaran khas atau acara atau aktiviti lain milik pihak ketiga yang bukan dimiliki oleh Suzuran Baby. Laman Web atau halaman yang mana Laman Web atau surat berita yang dipautkan adalah sebagai maklumat sahaja. Suzuran Baby tidak bertanggungjawab untuk kandungan laman web atau halaman yang dipautkan kepada Laman Web atau surat berita. 

Kami tidak mengendors atau mengambil sebarang tanggungjawab bagi sebarang laman, maklumat, bahan, produk atau perkhidmatan pihak ketiga tersebut, atau sebarang urus niaga lain yang dibuat berkaitan dengan laman Web pihak ketiga tersebut.  

Jika anda mengakses mana-mana laman Web, perkhidmatan atau kandungan pihak ketiga melalui www.suzuranbaby.com, anda berbuat demikian atas risiko sendiri dan anda bersetuju bahawa www.suzuranbaby.com tidak akan menanggung sebarang liabiliti yang timbul daripada penggunaan atau akses anda ke mana-mana laman web, perkhidmatan atau kandungan pihak ketiga.

Maklumat Peribadi
Pembelian anda atau langganan kepada surat berita dan akses anda ke Laman Web membentuk persetujuan dan penerimaan anda bagi Dasar Privasi kami.  

Membatalkan Langganan Surat Berita
Dengan membeli produk Suzuran Baby di Laman Web kami atau melanggan surat berita, anda memberi kebenaran untuk menerima komunikasi elektronik dari Little Good Life Sdn Bhd berhubung produk, tawaran dan perkhidmatan Suzuran Baby. Anda boleh menarik balik kebenaran ini dengan membatalkan langganan anda pada bila-bila masa dengan klik pada butang “unsubscribe” atau “manage subscription” pada komunikasi elektronik tersebut.  

Had Liabiliti 
Kami tidak menjamin, mewakili atau memberi waranti bagi sebarang kandungan atau maklumat di Laman Web ini atau di dalam surat berita, dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang tidak merangkumi (dan di mana tidak dibenarkan dan dikecualikan oleh undang-undang, had setakat dibenarkan oleh undang-undang) semua: waranti dan perwakilan mengenai matawang, ketepatan, kesesuaian atau kebolehbergantungan sebarang kandungan atau maklumat di Laman Web atau surat berita; dan liabiliti untuk sebarang kos, kehilangan, kerosakan dan perbelanjaan langsung, tidak langsung atau sampingan yang ditanggung dalam apa jua cara (termasuk tetapi tidak terhad kepada yang timbul daripada kecuaian), berhubung mana-mana penggunaan atau akses kepada Laman Web atau sebarang kebergantungan atas maklumat yang terkandung di Laman Web dan surat berita.  

Suzuran Baby tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi Kandungan yang disediakan oleh pihak ketiga. Suzuran Baby juga tidak bertanggungjawab ke atas kebolehbergantungan atau kelangsungan penyediaan talian telefon dan/atau peralatan yang anda gunakan untuk mengakses Laman Web dan surat berita.  Suzuran Baby tidak memberi waranti bahawa Laman Web atau surat berita adalah bersesuaian untuk digunakan dengan peralatan komputer anda atau bahawa Laman Web, surat berita atau pelayan mereka adalah bebas daripada sebarang kesilapan atau virus atau cecacing dan sebagainya, dan Suzuran Baby tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang mungkin anda alami akibat ciri-ciri pemusnah tersebut. SEBARANG CUBAAN DENGAN SENGAJA UNTUK MEROSAKKAN LAMAN WEB, SURAT BERITA ATAU MAKLUMAT YANG TERDAPAT DI LAMAN WEB ATAU DI DALAM SURAT BERITA, ATAU UNTUK MENJEJASKAN OPERASI SAH MANA-MANA PESAING, MUNGKIN MELANGGAR UNDANG-UNDANG JENAYAH DAN SIVIL, DAN SEKIRANYA SEBARANG CUBAAN DIBUAT, SAMA ADA BERJAYA ATAU TIDAK, LITTLE GOOD LIFE SDN BHD BERHAK UNTUK MENUNTUT GANTIRUGI SELAGI DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG.

Indemnifikasi
Anda bersetuju memberi indemniti, mempertahankan dan melepaskan Little Good Life Sdn Bhd dan subsidiari kami, rakan sekutu, rakan niaga, pegawai, pengarah, ejen, kontraktor, pemegang lesen, penyedia perkhidmatan, subkontraktor, pembekal, pelatih dan kakitangan kami, agar bebas daripada sebarang tuntutan atau permintaan, termasuk yuran guaman yang wajar, dibuat oleh mana-mana pihak ketiga akibat atau disebabkan oleh pelanggaran Terma dan Syarat oleh anda atau dokumen yang dimasukkan oleh mereka secara rujukan, atau pelanggaran mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga oleh anda.   

Penamatan Akses kepada Perkhidmatan Indemnifikasi
Little Good Life Sdn Bhd berhak untuk menamatkan atau menggantung langganan anda untuk menerima surat berita dan kemampuan anda untuk mengakses Laman Web, atas sebarang atau tanpa sebab, tanpa notis dan tanpa liabiliti.

Penafian
Maklumat dan bahan rujukan yang terkandung di Laman Web ini hanya bertujuan sebagai maklumat am sahaja kepada pembaca. Maklumat di Laman Web tidak bertujuan untuk mendiagnosis masalah kesihatan atau mengambilalih penjagaan perubatan profesional. Maklumat yang terkandung di sini tidak bertujuan untuk menentukan apa penjagaan yang sesuai, wajar atau terbaik untuk mana-mana masalah kesihatan, dan tidak bertujuan untuk digunakan sebagai mengganti penilaian bebas seorang pakar perubatan bagi mana-mana isu kesihatan. Had utama sumber maklumat yang terkandung di sini adalah ketidakmampuan untuk mengambilkira keadaan unik yang mentakrifkan isu kesihatan seseoarng pesakit. Sila rujuk penyedia penjagaan kesihatan anda untuk mendapatkan nasihat perubatan.